perkenalkan, saya TS (bukan nama panggilan) ,
pelajar pasif dalam kelas.
bersifat pendiam tahap giga,
fasih bertutur dalam bahasa korea dan arab sahaja
dan mempunyai ketinggian melampau (gigantism).
kalau nak tau lebih detail, mintak number saya dengan kebenaran waris terdekat :p
tapi bukan ini yang nak saya cite,
saya nak buat majlis perasmian secara kecil2an sket kat sini.
"Berbekalkan jari dengan kepantasan hampir ke tahap maksima, dengan ini, lafaz bismillah diucapkan bagi merasmikan blog kelas Ibn Qayyim 2010/11 yg didaftarkan pada jam 3:18 pagi - 11 Mac 2011."
*applause*
sesiapa sahaja yang digelar pelajar iQ 2010/11 boleh la nak gedik update blog ni heh.
tak kesah pasal ape, asalkan ada kaitan ngan kelas kot.
tapi, bila dah abes SPM nanti,
korang update je pape pasal perkembangan terbaru korang.
tak paham 'perkembangan terbaru' tu ape?
hmm..takpe takpe.
contoh termudah: cite la pasal "saye kawin esok!" or "saye dapat pi Oakland lusa!" or "OC siri-2 occurs" :p or wat so ever la yg dipanggil 'perkembangan terbaru' yg korang rasa patut di share kat sini.
kepada pelajar yg berkaitan,
sila emailkan email anda ke email saye utk pendaftaran sebagai 'author' di sini.
*haha, ayat kambeng.
- bagi email korang kat fb suda.
cadangan juga dialu-alukan untuk memantapkan blog ni.
klaw stakat 1,2,3 kepala je, hasil ape la sangat yang dapat kan.
ape kate kte gabungkan sume kepala jadi 30, mesti tahap hebat la idea dye.
ok, stakat ni je la ek saye merapu,
kang merapu lebih2, orang gam plak kat kelas.
klaw pape hal nak tanye ke ape ke,
jangan segan2 tanye pihak pengurusan blog IQ ni heh.
pihak pengurusan: *org yg ske on9 tu la*
p/s:
tolong jangan benci saye sebab saye merapu terlalu over.
lupa nak makan ubat anti-merapusicknessism saye dari bulan lepas.
sincerely,
No comments:
Post a Comment